Tatamain Dead Frontier

Proses pendaftaran percuma diperlukan daripada pengguna.[6][7] Setelah proses pendaftaran selesai, pemain mencipta avatar yang boleh digunakan untuk bermain dalam persekitaran grafik komputer 3D (walaupun, dengan tetapan tertentu boleh diakses melalui forum, pemain boleh kembali kepada versi 2D klasik, yang dinyatakan di bawah). Dengan avatar, pemain juga dibenarkan untuk berinteraksi dengan pelbagai perkhidmatan yang melibatkan perdagangan item dalam permainan dan komunikasi dengan pemain lain.

Dead Frontier berlaku di Fairview City, persekitaran pascaapokalips yang dipenuhi zombi.[8] Sebagai permainan koperasi, mereka yang terselamat dapat melawan gerombolan zombi bersama-sama dan memasuki pos-pos luar yang tersebar di seluruh bandar, tempat selamat untuk hidup dan menjalankan perniagaan, serta bangunan penghadang untuk membuat pos luar peribadi.[9][10] Perjalanan di bandar dilakukan dengan berjalan kaki. Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis senjata dan baju perisai terhad untuk bertahan di jalanan yang dipenuhi zombi.

Pemain memulakan permainan dengan memilih kelas (class), pekerjaan[11] atau profesion (profession)[12] di Nastya's Holdout, sebuah pos yang membolehkan mereka melawat dan berinteraksi dengan pelbagai perkhidmatan yang tersedia dalam permainan, seperti pasar, bank, dan tempat penyimpanan barang.

Pemain ditunjukkan pada skrin di pos luar sebagai avatar yang boleh disesuaikan. Pemain berinteraksi antara satu sama lain melalui forum, radio CB dalam permainan (berbual dalam bilik multipemain), serta melalui pemesejan peribadi (PM). Terdapat beberapa peraturan untuk tingkah laku pemain, seperti peraturan terhadap penipuan dan penyalahgunaan eksploitasi pepijat.[13] Majoriti peraturan digunakan untuk forum atau radio CB, dan semua peraturan dikuatkuasakan oleh moderator dan pentadbir. Memandangkan MMORPG lain memperkenalkan keahlian berbayar, Dead Frontier memperkenalkan konsep Gold Membership, membolehkan pemain mempengaruhi secara langsung mekanik permainan melalui sistem kredit. Credit boleh digunakan untuk membeli senjata dan item dalam permainan.

Senjata, perisai, pakaian, peluru, item edisi terhad, item misi dan penggalak statistik masa terhad yang dirujuk sebagai "Drugs" (Dadah) adalah bahagian utama permainan dalam Dead Frontier. Senjata memerlukan kekuatan statistik, dan statistik senjata khusus untuk menggunakannya, dan biasanya terdiri daripada item peringkat rendah, sehingga 100 mata statistik, 110 mata statistik dan 120 mata statistik. Perisai hanya berjulat sehingga 100 mata statistik, dan hanya memerlukan mata statistik kekuatan untuk digunakan.[14]

Rujukan

WikiPedia: Dead Frontier http://deadfrontierdev.blogspot.com/2012/05/full-i... http://www.brighthub.com/video-games/mmo/reviews/4... http://britishindie.com/2009/08/jagged-blade-inter... http://fairview.deadfrontier.com/onlinezombiemmo/i... http://www.deadfrontier.com http://www.deadfrontier.com/privacy.html http://www.deadfrontier.com/rules.html http://www.deadfrontier.com/termsofservice.html http://www.gamershell.com/companies/jagged_blade_g... http://www.gamertell.com/gaming/comment/gamertell-...